Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Sunday, November 11, 2007

Kejoraku Bersatu

Salam,

Fini got a message from a fren d friendster last Friday, 9 November, 2007 1:35 AM
*** ade terbaca kat dalam komen kat fini nyer frenster dia tulis cam ni:

"cik syafini rosli adalah penolong ketua tingkatan kelas saya sewaktu form 5 dahulu.beliau masuk semesta semasa form 4 dan selalu kelihatan senyap dan suka berdiam diri.kami sekelas melantik beliau menjadi penolong ketua tingkatan adalah semata2 kerana ingin membuat beliau lebih byk bercakap dan bergaul dgn rakan sekelas meskipun beliau menolak utk memegang jawatan tersebut.akhirnya,bakat kepimpinan beliau terserlah setelah memikul tanggungjawab yg agak berat itu."hot-tempered" beliau yg dinyatakan di atas tidaklah diketahui hingga pd satu mlm ketika prep malam,beliau memarahi Panjang(ketua tingkatan) dgn sungguh emotional sekali.tetapi akhirnya kemarahan beliau reda setelah mendapat song request yg ditujukan kepada beliau dan Panjang yg bertajuk "Kejoraku Bersatu".selain itu,beliau amat baik pada tiap ketika dan suka menolong orang.guru2 juga senang hati dgn beliau.jadi,undilah beliau utk sebarang jawatan ketua."

betul ke fini marah budak nama panjang tu? :)
camner fini leh marah dia?
Erm, comment ni diberi oleh my ex-classmate ms form 5 (SPM 2:5) di SEMESTA, Raub.

Sy Bijan

Posted 14/04/2004 15:18

Tapi, Fini n Bijan (Shahrul Hizan) ni, bukan bckp pun dlm kelas, sbb dulu Fini ala2 pendiam, hehe..iye ke? Erm, sbb mula masuk SEMESTA ni, dah kena buli (huhu, buli ke? ala, kira buli juga...sowi eh kwn2, tapi kalau korang tak buat mcm tu, Fini takde kenangan yg nk dikenang di SEMESTA tu); tu sebab Fini jd diam sket kt sekolah dulu.

Menjawab persoalan kenapa Fini marah Panjang (Khairul Afzan) tu...sebenarnya Bijan tu saje je wat gosip. Mana ada Fini marah Panjang, tak caya...tanya Panjang. "Kan Panjang kan?"

Erm, Fini pun x brpa igt, tp yg Fini igt ada satu hari dulu, Fini soh Panjang ni kumpulkan homework kelas n hantar ke meja guru dan masa tu, dak2 lelaki kelas Fini ngajuk cara Fini ckp ngan Panjang, plus minus tokok tambah, besala diorang, jd Fini pun wat2 serius n marah kot, x igt sgt dah. Masa tu, Panjang kumpulkan ngan Bezam (Izwan), pastu ntah mcm mana leh jatuh ke bawah sbb diorang letak tepi koridor (Fini igt2 lupa la), apalagi...sume gelakkan Panjang, tp Panjang ni pun mmg suka gelak je..apa2 pun gelak je. Fini pun tatau nape dia suka gelak. Sekrang tatau la suka gelak lagi ke tak, lama dh tak jumpa.

Fini sbnrnya satu sek ren ngan Panjang ni, then masa form 1 dia masuk SEMESTA, Fini sek kat Bentong ja, SMK Sulaiman, kelas Rancangan Khas. Pastu, masa form 4, dpt tawaran masuk ke SEMESTA, Fini pi la. Tgok2 kami sekelas, di hari pertama prep malam lagi, dh mcm2 cerita, ni mesti la kes sbb diorang tau kami sekampung n satu sekolah dulu. Fini tak bagitau pun, confuse masa tu. Ntah apa2 cerita dongeng diorang merepek...as biasa, kami (form 4 baru, kira budak baru la) diingatkan jgn layan sgt diorang tu, so senyap je la. Dari form 4 naik ke form 5, kami sekelas lagi. Bila dh sekelas, diorang pakat lantik kami jd Ketua & Penolong Ketua Tingkatan SPM 2:5. Sbnrnya, diorang sume mmg pakat Fini rasa sbb pencalonan penolong nama dak lelaki lain, tak silap Fini Ahmad Amir n Fini, vote memihak pd Ahmad Amir seingat Fini la. Tp mmg sengaja sbb diorang tau besanya penolong kena perempuan gak. Pasal Bijan ckp tolak tu, mmg Fini jumpa Ustazah, tp Ustazah ckp yg dia perlukan wakil P utk jd penolong supaya dia senang berurusan. Pasal 'hot-tempered' tu, Fini mmg boh kat frenster kat bhgian about me kot, lupa dh. Tu yg Bijan comment tu. Pasal lagu tu pula, huhu...mmg tragis, Fini nangis & tak keluar riadah sbb malu teramat sgt. Fini ni jenis tak boleh malu/dimalukan dpn org ramai, ntah...nti jd tak keruan je. Sume org pun sama kot? Mcm besa, sek asrama ni, pas prep petang, ada riadah, then prep malam. So, ada la sekali masa antara waktu solat Asar ngan nk kuar riadah ni, ada announcement utk mana2 persatuan permainan ttg latihan dsb. Tetiba selepas pengumuman itu dan ini...ada announcement yg lebih kurang begini la..Fini ingat2 lupa..
Kepada Syafini bt Rosli, Penolong Ketua Tingkatan SPM 2:5 daripada Khairul Afzan (Panjang), Ketua Tingkatan SPM 2:5 merangkap Ketua Rumah Sukan Kejora dengan ucapan Kejoraku Bersatu.
Yang nin la...dgr masa tu, baru pas solat Asar, nak siap2 nk pi riadah, dgr je..sume dtg kat Fini (kwn dak form5 la). Fini mmg nangis, sbb ala2 reputasi yg Fini jg selama ni...sbb Fini mmg jaga bab2 ni. Fini risau sgt, org pandang serong pd Fini terutamanya adik2. Ye la Fini dh form 5, kira senior la. Adush...ms tu, Fini igt lagi...dak2 perempuan pi jumpa Panjang ms riadah n marah (diorang la citer, psl Fini tatau, tak kuar, dok dlm bilik ja). Tapi sebenarnya bukan salah Panjang pun, besa la dak2 asrama ni, dak lelaki yg nakal2 sket ni. Tapi sume ni tak abis di situ, setiap kali nk pi kelas/sekolah dr Aspuri kena lalu Aspura. Time Fini lalu, ada la suara2 sumbang yg nyanyi lagu Kejoraku Bersatu yg diubah versi. Suka ati diorang je. Dah tak reti nk cakap apa dah. Fini tak berani marah diorang, ganaszz. Gerun masa tu. Ikut la diorang nk kata apa pun. Sampaikan masa jamuan akhir form 4 ritu, Fini igt lagi Cikgu Ali ni pernah pesan, supaya mulakan berdoa mendapat jodoh yg baik2 dr awal, kalau ada sukakan seseorang tu, sebut ja nama dia, tpi kena doa juga, jika seseorang yg kita suka tu bukan jodoh yg baik, mta digantikan dgn yg lebih baik. Cikgu Ali pun ada selitkan dlm ucapan dia, lebih kurang ayatnya begini, "Tak semestinya org Bentong berkahwin dgn org Bentong juga". Huhu, masa tu, sah2 la Fini tau yg cikgu2 kat sekolah pun tau gosip2 dak asrama ni. Kesian kami berdua, masing2 jd segan kat masing2 sbb kena ejek. Balik Bentong pun wat2 tak kenal. Tapi pas SPM dulu, Fini igt lagi, Bezam, Mike & Panjang pernah dtg kat The Store (tmpt Fini keje smntara tgu result). Erm, ok ja. Kat sekolah je jd segan. Skrg memasing pun dh tua, pun dh susah nk terserempak, memasing bljr jauh.

p/s : kpd yg bertnya...tu je la kisahnya, so...dh terjawab? Kisah zmn sek Fini yg ntah apa2 kan? Sowi ek? Nape tanya? Fini garang sgt ke? Tp mmg serious je kan? That's me. Sampai skrg pun terbawa2 sikap zmn sek yg susah nk bergaul ngan org yg kuat ngusik ni. Tpi kalau dh tau org tu cmne..okla..mcm ex-officemates di Yamien dulu n skrg cikgu2 di SKEN. Dah tak mcm dulu lagi, serious je time org brgurau, skrg leh la faham kalu org bergurau tu niat dia nk bg kita x de gap ngan diorang, betul tak?

Letih dah bebel kat sini. =)

No comments: